Wednesday, June 10, 2009

Sinopsis Rasulullah S.A.W............

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.



Shon 86

Tuesday, June 2, 2009

Kerja oo kerja... Belajar ke...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…

Helo rakan2…

Hari ni aku nak share sikit la tentang perkataan kerjaya a.k.a karier…

Sebenarnya saja je nak kongsi pendapat and mungkin pengalaman u all tentang kerjaya..

Nowadays memang cukup susah nak dapatkan pekerjaan terutama pekerjaan yang betul2 memenuhi impian kita.. betul tak rakan2?

Yelah mungkin ade di kalangan rakan2 kita yang dah Berjaya dengan rezeki Allah SWT.. Alhamdulillah syukur. Ada jugak yang masih terkial2 tentang ape yang ingin digapai setelah bergelar mahasiswa atau graduan dari university baik di dalam atau luar Negara . Masing2 bimbang tentang masa depan kan..

Especially yang lelaki… Bagi yang betul2 matang dan mula berfikir tentang masa depan nya..

Pasti akan terfikir… maklum sajalah banyak tanggungjawab nanti kan wat laki mcm kita..hehe..

Namun tak kurang jugak dengan perempuan yang ingin membantu family masing2.. pastinye berimpian besar utk membalas jasa dan budi serta pengorbanan ibu bapa yang tiada ternilai di muka bumi ni.

Baiklah….. tahun 2009 merupakan tahun mencabar bagi Negara kita, Malaysia memandangkan ekonomi dunia yang dikawal oleh Amerika Syakrikat mengalami kejatuhan yang besar dan member kesan yang powertif buat negara2 lain. Banyak kakitangan kerajaan telah diberhentikan kerja gara company xmampu lagi nak byr gaji.

Sedihkan……

Lalu kerajaan pun memperkenalkan stimulus rangsangan ekonomi.. banyak jawatan yang ditawarkan secara kontrak di sana dan sini.. as example : di Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah…..

Semua jawatan ni actually bertujuan untuk merangsang kembali ekonomi Negara di samping membuka peluang kepada graduan2 dan mana2 individu yang berkelayakan untuk bekerja secara kontrak untuk tempoh jangka yang tertentu.. Pastinya berebut2 lah manusia2 dtg untuk menghadiri temuduga terbuka atau permohononan..

Bersandarkan pemerhatian aku… kebanyakan ‘temuduga’ bertukar menjadi ‘temuduka’..

The reason is mana tidaknya jawatan yang diperlukan hanyalah beberapa ratus saja seluruh Negara untuk satu2 peluang sedangkan yang dating berduyun2 beribu2 malahan pernah mencapai puluh ribuan… Maka banyak2 la individu yang sanggup beratur dan sanggup menunggu sehingga malam utk mendapatkan kerja yang belum tentu menjadi milik mereka..

Alahai sedih skali kan… Everyone must overcome the challenges. Masing2 cube menonjolkan pelbagai kepakaran dan pengalaman masing2 bagi mencerahkan peluang mereka lebih dari yang lain2. Jujurnya.. semuanya bergantung kepada rezeki kan.. Yelah si penemuduga pn manusia biasa sama mcm kita dan semua manusia di seluruh pelusuk dunia.. msti akn berlaku bias atau kesilapan dalam emmilih calon yang betul2 sesuai dan relevan…

Masih banyak yang hilang pekerjaan dan juga yang masih menganggur bertahun2 semata2 utk mencari kerja yang betul2 diingini..

In addition banyak career job or festival di adakan bagi member peluang kepada golongan2 ni mencuba nasib lagi.. Tapi fenomena dalam chances utk mendapatkan kerja sama seperti yang aku terangkan untuk pakej rangsangan ekonomi kerajaan…

Ada jugak di kalangan sahabat2 kita yang mengambil inisiatif utk menyambung pelajaran sama ada sarjana muda, sarjana atau phD.. dan tidak bagi mereka yang btul2 mampu..alhamdulillah.. boleh mereka mengikuti kelas dan meneruskan sesi pengajian di ipta atau ipts atau uni overseas yang dipilih.. Mahal sekiranya ingin menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau phD…. Kebanyakan ipta di dalam Negara memerlukan sesiapa saja yang ingin dan bercita2 menyambung pelajaran di peringkat sarjana menyediakan sekurang2nya 4 ke 5 ribu untuk satu2 semester…jadi bagi rakan2 yang nak sgt amik master… sudah tentu memerlukan scholarship atau pinjaman pelajaran yang mencukupi.. scholarship pn dorang pilih yang cemrlang je ..bukan yang xmampu.. memang xadil kan…

“Hendak Seribu Daya… Tak Hendak Seribu Dalih…”

Sekiranya tiada rezeki untuk mendapatkan scholarship.. banyak lagi sumber2 nya… Agro Bank… CIMB… ade menyediakan pinjaman atau loan pelajaran sehingga RM100 000 kepada sesiapa yang berminat. Ya kadang2 memang bunga dan bayaran balik lebih daripada yang dipinjam.. tapi bagi aku la kan…. Selagi korang ade niat dan semangat yang kuat utk belajar..insyaAllah boleh diatasi=)

Hai begitulah nasib dan keadaan siswazah dan graduan2 negara kita yang mengganggur. Belajar setinggi mana pun.. begini jadinya..

Bersabarlah wahai para sahabat….

Sementara u all mendapatkan kerja yang stabil.. timbalah pengalaman walaupun bekerja sebagai assistant admin.. dispatch or kerani.. why not kan??? Sebelum u all mendapatkan kerja idaman korang…

Remember.. experience is more important that qualification.. result u all tinggi mana pun.. belum tentu u all boleh execute plus implement kerja dengan baik.. Ingatlah belajar dan bekerja merupakandua dunia yang sangat berbeza.. Masa belajar kita gunakan sepenuh daya kekuatan minda dan memorize strength…. Tp tidak sgt masa bekerja…bekerja lbih kepada sejauh mana kita dapat berfikir dan megaitkan teori yang kita belajar semasa degree or diploma dengan dunia pekerjaan…=)

Jadi kepada para sahabat sekalian…

Tentukan lah masa depan anda secara wajar… jangan terburu2 utk mencapai sesuatu yang diidamkan di dalam hidup …. Step by step..insyaAllah..u all dan aku pun akan Berjaya =)



Shon 86